BMSUB【Pembalasan Dendam Phoenix 青雀成凤】EP02 | Kekasih Yang Mati Menjadi Ibu Merduku💕 | YOUKU Malaysia
[Pembalasan Dendam Phoenix] [Episod 2 Nampaknya Kawan Lama Datang] Menantu baik. Awak lihat siapa dia? Orang keji! Tergamak awak bubuh racun di dalam arak! Tunggu sehingga siasatan dilakukan baru bunuh dia pun tidak lambat. Saya tidak bubuh racun! Betul-betul tiada! Baik. Awak minum arak ini. Baik, saya minum. Tengok! Tiada racun di dalam arak ini.
Serbuk berwarna putih tadi hanya kesan yang tertinggal kerana arak dipanaskan. Hal ini semakin menarik. Yun Huan, pada pendapat awak, apa tindakan yang patut diambil? Bawa dia balik, siasat latar belakangnya. [Kediaman Raja Mu] Jeneral. Kenapa layan saya sebegini? Kerana muka awak ini telah langgar pantang larang Raja Mu. Memandangkan awak tidak ingin berkahwin dengannya,
Kenapa tidak bubuh racun? Hal ini kerana saya telah bertemu dengan jeneral. Saya ada jeneral sebagai pelindung. Saya fikir, walaupun saya telah masuk Kediaman Raja Mu, ada juga orang yang boleh diharapkan. Jika awak mempunyai kesedaran diri, tinggalkan sini secepat mungkin. Jika tidak, hal yang berlaku pada hari ni adalah permulaan kehidupan neraka. Apa kata awak bekerjasama dengan saya untuk jatuhkan Kerajaan Mu? Di manakah perempuan keji yang ayahanda saya kawini? Keluar! Awak Puteri Qing Cheng kan? Saya gundik baharu ayahanda awak. Ikutkan peraturan, dia patut panggil saya ibu muda, betul? Bukankah wanita ini sudah mati? Cepat halau dia, jeneral! Awak lihat dengan jelas, mukanya tiada luka, badan juga tiada kesan luka. Rupa mereka seiras sahaja. Saya tidak peduli! Jeneral, saya tidak ingin lihat dia! Halau dia!
Awak suami saya, awak patut tolong saya. Awak tidak perlu mengarahkan saya dengan nama suami isteri. Perkahwinan kami adalah secara kontrak. Saya tidak pernah cintakan awak. Lagilah tidak pernah bermesra dengan awak. Manusia, sepatutnya tahu berkompromi. Jeneral betul-betul percaya Puan Que ini tiada kaitan dengan Puteri Huai? Tidak kira dia ialah orang tersebut atau tidak, akhirnya ada perkara menarik di kediaman raja yang suram ini. Patik faham kesengsaraan jeneral. Pada masa itu… Pada masa itu, patik cuai dalam tugas. Awak ingat. Qing Que dan saya ada dendam bunuh ayah.
Dia sudah mati. Dalam dunia ini, tiada identiti yang lebih selamat daripada orang mati. Awak kata awak orang Nanjiang. Saya suruh orang masak lauk Nanjiang. Awak cuba. Dengar kata, ini masakan terkenal Nanjiang. Salah satu rempah bernama… Namanya Langit Penuh dengan Bintang. Nama makanan istimewa kampung halaman sendiri pun salah sebut.
Entah apa pantang larang Raja Mu yang Que telah langgari, baru bercakap sudah salah. Adakah Puan Que membesar di sekitar Sungai Cang bahagian utara Nanjiang? Betul. Saya lalu sana semasa menjaga sempadan, memang pernah dengar ada orang sebut nama lauk itu sebegini. Kuih ini, tidak tahu puan rasa asli atau tidak selepas makan. Kuih ini…
Saya tanya dia, bukan awak. Kuih kampung halaman kami sepatutnya rasa ringan. Rasa kuih ini terlalu berat. Banyak perkara aneh di dunia ini. Tuanku. Siapa pernah fikir, saya ada keberkatan sebegini. Menantu baik, awak jangan cemburu. Saya tiada bantahan. Tetapi Qing Cheng… Saya tidak benarkan ayahanda kahwin dengan perempuan keji ini. Perempuan yang berpura-pura ini,
Saya koyakkan muka awak! Cheng, jangan biadap. Jangan biadap. Saya buli dia sejak kecil. Saya mahu biadap. Macam mana? Tuanku! Ayahanda, awak sudah nyanyuk. Awak kahwin sesiapa pun tidak apa. Kenapa mesti kahwin dengan pembawa malang ini? Awak tidak rasa jijik, saya rasa jijik. Biadap betul! Dia bukan sahaja Puan Que yang saya kahwini.
Dia juga ibu muda awak. Sampai hati awak pukul saya demi perempuan keji ini! Saya tidak sesuai berada di sini. Lebih baik saya tinggalkan tempat ini! Awak bukan orang Nanjiang. Di Nanjiang, tiada orang panggil lauk Langit Penuh dengan Bintang. Rumput Huang Liang. Saya sengaja salah sebut. Hal ini kerana asalkan awak lindungi saya sekali, kita sehaluan. Awak dan saya, sesiapa pun tidak akan terlepas. Jika awak bodoh sedikit, kerjasama kita akan lebih lancar. Boleh.
Saya belum guna uncang wangian yang jeneral pulangkan kepada saya. Saya tidak ingin dimiliki oleh orang tua ini. Ini perjanjian ikatan jualan yang diambil dari rumah pelacuran. Puan Que asal dari Nanjiang. Ibu bapa masih hidup. Semuanya sudah dikenalpasti. Latar belakang Puan Que benar. Sama ada tinggal atau pergi, ini terpulang pada Raja Mu.
Jeneral memang berbsar hati. Biarpun beta tidak kisah, tetapi hati jeneral boleh begitu tenang apabila berdepan dengan muka yang serupa kekasih lama. Saya datang untuk jumpa Raja Mu. Mengapa kalian tidak benarkan saya masuk? Biar dia masuk. Hari ini sepatutnya hari perkahwinan saya dan Raja Mu. Tadi berlaku salah faham dengan Raja Mu.
Saya tidak ingin Raja Mu rasa tersinggung. Saya khas mereneh sup istimewa. Apa kata awak suapkan beta? Tunggu. Biar jeneral minum dahulu. Adakah jeneral juga mahu saya suapkan? Tidak guna! Semangkuk sup pun tidak dapat pegang dengan baik! Apa guna beta mahukan awak? Tamparan ini jika dipukul ke atas muka cantik Puan Que,
Akan musnahkan muka cantiknya yang Raja Mu miliki. Betul juga. Malam perkahwinan bersama isteri adalah paling penting. Saya patuh kepada tuanku. Sayang, buka pintu. Raja mahu sayang awak dengan baik-baik malam ini. Raja sudah datang. Kenapa awak ada di sini? ♪Angin juga pernah melalui lapisan awan♪ ♪Pemandangan bersalji dan berdaun♪ ♪Pegang perlahan di tapak tanganku♪ ♪Angin akhirnya akan berhenti, daun akan layu♪ ♪Pertemuan secara kebetulan ialah takdir yang tidak boleh dielakkan♪ ♪Aku juga pernah menyeberangi lautan manusia♪ ♪Menempuh perjalanan jauh♪ ♪Berlari menuju ke sisimu♪ ♪Namun masa menolak dengan kejam♪
♪Biar cinta tinggal pada masa lalu♪ ♪Angin pernah fikir untuk tidak pergi jauh♪ ♪Daun gugur kerana tidak percaya♪ ♪Inilah takdir kehidupan ini♪ ♪Masa mengingatkan bahawa semuanya sudah ditetapkan♪ ♪Hati telah dingin, janji tidak boleh dipercayai♪ ♪Aku juga pernah jatuh cinta♪ ♪Cuma tidak dapat buat hati terharu♪ ♪Hanya boleh kembali ke masa lalu♪ ♪Menebus penyesalan♪